Adik-adik jom nyanyi lagu suku kata ini bersama-sama...
Monday 12 December 2011
Sunday 11 December 2011
Saturday 10 December 2011
Saturday 29 October 2011
Mini Perkhemahan Prasekolah 2011
Terima kasih kepada pihak pentadbir,Majlis Permuafakatan Prasekolah 2011,guru-guru prasekolah,pembantu-pembantu pengurusan murid serta seluruh warga SKAP kerana turut serta membantu menjayakan program Mini Perkhemahan Prasekolah 2011.Alhamdulillah murid-murid prasekolah khususnya sangat teruja dengan aktiviti yang dirancang.Jutaan terima kasih juga kepada Guru Besar yang turut serta memasang khemah....Cayalah...
Saturday 15 October 2011
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 4 hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan,kreatif dan bermakna.Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran,menanam keyakinan,dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab disekolah rendah kelak.
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut
Jasmani:
•Mempunyai tubuh badan yang sihat
•Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas
•Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
•Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan
•Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan motor kasar
Emosi:
•Mempunyai konsep kendiri yang positif
•Mempunyai keyakinan diri
•Mempunyai jati diri
•Berani mencuba
•Mempunyai kematangan emosi
•Menghormati perasaan dan hak orang lain
Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan
Intelek:
•Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan bahasa Malaysia
•Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris
•Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan)
•Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan)
•Memperolehi kemahiran proses sains asas
•Memperolehi kemahiran matematik asas
•Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul
•Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian murid
•Mempunyai daya kreatif dan estetika
•Menghargai keindahan alam dan warisan budaya
Rohani:
•Mengamalkan nilai murni
•Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
Sosial:
•Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.
•Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.
•Menyuarakan pandangan dan perasaan.
•Bekerjasama dengan orang lain.
Tuesday 11 October 2011
Sunday 9 October 2011
Salam Perkenalan.....
Alhamdulillah tunggu punya tunggu,akhirnya terbina juga tapak blog ni....Sedar tak sedar dah masuk minggu ke 5 bagi semester ni.Hati tak tenang sebenarnya memikirkan tugasan - tugasan yang perlu disiapkan.Tapi tak pasti yang mana satu perlu didahulukan.Hanya forum yang selesai dijawab.Insyaallah,banyak mana rintangan yang melanda,akanku harungi jua menghabiskan pengajian ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)